YA ALLAH , kau permudahkanlah segala urusanku, kau buangkanlah rasa malas yang sedang melanda diri ini dan berikanlah aku kejayaan dalam apa jua yang aku ceburi di dunia dan akhirat. amin .

2011/01/24

DAKWAH SI ANAK KECIL..

Takat beku air matamu akan lebur daripada 100 celsius kepada -100 celsius pabila anda membaca cerita ini dari awal sehinggalah akhir...huhu. Kisah yang amat meruntun jiwa seseorang yang ingin dan akan merempuh jalan seorang murabbi dan dai'e...InsyaAllah !!!

Baca, hayati dan ambil pengajaran dari kisah di bawah ini.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

2011/01/22

bidadari syurga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).


Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Kisah Ainul Mardhiah bermula disini...


aii,tak an tengok je.jom klik^^